Dalam hidup ini, segalanya mempunyai peraturan. Kalau kita nak makan pun ada adab-adab dan peraturan yang perlu kita ikut. Begitu juga dengan bilik darjah, peraturan yang dibina adalah untuk memastikan semua ahli kelas dan guru mampu melahirkan suasana bilik darjah yang kondusif dan tingkah laku yang positif mampu untuk dicapai.
Bilik darjah yang diuruskan dengan cekap akan menyediakan peluang maksimum untuk proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan setiap murid mestilah mengetahui tentangnya. Cara yang terbaik ilah, guru perlu menyediakan satu salinan peraturan bilik darjah untuk pembacaan setiap murid. Sekiranay mereka melanggar peraturan tersebut, guru dan boleh mengingatkan murid tentang peraturan tersebut dnegan menyuruh mereka merujuk kembali peraturan itu. Ketua darjah juga perlu betul-betul faham akan tugas dan tanggungjawabnya.
Contoh peraturan bilik darjah yang boleh digunakan adalah seperti berikut :
1. Sila masuk ke bilik darjah dengan segera apabila loceng berbunyi.
2. Sila ketuk pintu sebelum masuk.
3. Setiap murid hendaklah keluar dari bilik darjah apabila waktu senaman.
4. Murid-murid perlu beratur sebelum menuju ke kantin, dataran perhimpunan, makmal dan pusat sumber.
5. Sila habiskan makanan sebelum masuk ke kelas.
6. Murid yang bertugas perlu memastikan kipas dan lampu dipadam sebelum keluar ke bilik lain.
7. Sila duduk di tempat masing-masing semasa guru sedang mengajar.
Antara contoh lain peraturan di dalam bilik darjah
- Perhatikan struktur ayat yang digunakan. Gunakan perkataan "sila" dan elakkan guna perkataan "jangan".
- Pastikan guru dan murid sentiasa peka tentang peraturan ini.
- Peraturan dicipta untuk kemaslahatan bersama bukan untuk menghukum semata-mata.
- Jom amalkan :)
bagus la..mudah faham..teruskan usaha shbt2..nti nkn prktikum bole la praktikkn bnde ni
ReplyDeletejom wujudkan kelas yg berdisiplin dan ceria...
ReplyDelete