Ciri-ciri
guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah:
Seorang guru perlu memiliki ciri-ciri efektif ini kerana mereka
perlu berhadapan dengan para pelajar dan masyarakat. Oleh kerana itu, guru-guru
perlu pendidikan tinggi dan latihan khas sebelum ditempatkan di sekolah.
Guru yang efektif ialah guru yang dapat :
- Bentuk satu suasana yang membolehkan murid2 berasa semangat untuk belajar dan berusaha melakukan yang terbaik melalui beberapa rangsangan yang positif dalam bilik darjah.
- Guna masa p&p dengan efisien
Ciri-ciri ini dapat dilihat dari tiga
aspek, iaitu :
- Kualiti peribadi
- Kompetensi pengajaran dan pembelajaran
- Penghayatan dan amalan nilai
a)Kualiti peribadi :
-
Bersemangat dan proaktif :
Mampu memotivasikan muridnya kerana
keinginan beliau untuk mengajar dapat dirasai oleh murid-murid.
-
Sensitif dan peka terhadap
keperluan murid :
Seorang guru perlu tahu dan peka mengenai
perbezaan cara belajar murid-muridnya. Dia akan mengubahsuai cara pengajaran
dan mengambil kira perbezaan yang wujud. Ini akan mewujudkan peluang
pembelajaran kepada semua murid.
-
Peramah, mesra dan berusaha
mengenali muridnya :
Sebagai contoh, apabila guru memanggil
murid dengan namanya, murid akan berasa dirinya penting dan dikenali guru.
Situasi ini secara tidak langsung akan dapat menjalinkan hubungan yang baik
antara guru dan murid.
b)Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran :
-
Merangkumi pengetahuan dan kemahiran guru dalam
mendidik murid-muridnya. Jenis pengetahuan termasuklah pengetahuan am,
ikhtisas, pengetahuan mengenai kurikulum, pedagogi, penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Guru juga perlu sentiasa mempelajari
perkara baharu agar pengajarannya kekal relevan. Kemahiran menerangkan subjek
yang diajar dapat membantu guru sampaikan isi dengan jelas.
c)Penghayatan dan amalan nilai :
-
Profesion keguruan tertakluk kepada Kod Etika
Keguruan. Kod ini menyatakan nilai dan tingkah laku yang perlu dipatuhi oleh
guru-guru.
PRINSIP KOD ETIKA KEGURUAN :
i. Tanggungjawab kepada murid
ii. Tanggungjawab terhadap ibu bapa
iii. Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara
iv. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion perguruan
-
Seorang guru juga perlu meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran terutama dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK). Tambahan pula, kelak kita akan berdepan dengan kanak-kanak generasi G
(gajet) yang sangat maju dalam teknologi. Serba serbi mengenai teknologi mereka
tahu (kadang-kadang kalah orang dewasa. J
*sekian sahaja utk kali ini, nanti kita
sambung lagi dengan tajuk-tajuk yang lebih menarik..NANTIKAN!! J
bagus..banyak input y dpt..heheh teruskan usaha sbg seorang bakal guru
ReplyDelete