Aktiviti
:
Contoh situasi :
"Ish ish,,apa nak jadi dengan kelas ni, keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk kelas 3 Mesra. Murid-murid, sila duduk ditempat masing-masing. Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran di dalam bilik darjah. Apabila selesai p&p,Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing.
Berdasarkan situasi di dalam kelas 3 Mesra, berkemungkinan besar murid-murid berkelakuan begitu kerana mereka ingin menarik perhatian Cikgu Daniel. Tetapi, tingkah laku yang ditunjukkan adalah sesuatu yang negatif. Oleh itu, Cikgu Daniel perlu memberi perhatian kepada tingkah laku yang positif. Antara aktivit yang boleh dilakukan ialah, seperti berikut :
Nama aktiviti : “Ku seru namamu”
Cara
pelaksanaan :
- Guru masuk ke kelas dengan membawa beberapa helai kertas kecil mengikut bilangan murid.
- Guru mengarahkan murid berada di tempat masing-masing dalam keadaan diam dan bersedia untuk belajar ( antara sebab guru perlu memastikan murid dalam keadaan diam dan bersedia sebelum memulakan aktiviti adalah untuk memastikan arahan yang diberikan akan diterima dengan baik dan mengelakkan berlaku salah faham)
- Guru mengagihkan kertas-kertas kecil itu kepada murid-murid dan menyuruh mereka menulis nama panggilan yang disukai mereka.
- Guru menjelaskan bahawa guru akan memanggil nama panggilan tersebut semasa di dalam mahupun di luar kelas.
Kelebihan
:
- Murid sangat suka jika guru memanggil nama gelaran mereka kerana mereka akan berasa dihargai.
- Menaikkan semangat untuk belajar kerana guru sentiasa dapat memberi perhatian kepada mereka.
- Merapatkan hubungan di antara guru dan murid.
- Meningkatkan kualiti keguruan.
contoh :-
- Ini adalah contoh nama samaran anak-anak murid, tiada kaitan dengan sesiapa. Jika di sekolah nanti, pasti kita akan jumpa lebih banyak nama yang menarik :)
- Bakal-bakal guru sekalian, pastikan anda sentiasa ingat nama anak-anak murid anda nanti ye :)
- Jom cuba:)
ku seru nama mu .. hehe
ReplyDeletesimple and intresting idea .. :-)
ReplyDeletemacam lagu ku seru plak. aktiviti yg best :)
ReplyDeleteidea yg menarik...
ReplyDeleteterima kasih di atas komen sahabat-sahabat sekalian. aktiviti ini sangat simple tetapi akan memberikan kesan yang mendalam kepada pelajar kerana mereka akan merasakan diri mereka dihargai. hubungan antara guru dengan murid juga akan bertambah erat. jika dilihat di dalam situasi kelas 3 Mesra, kemungkinan murid-murid kurang mendapat perhatian dari Cikgu Daniel, sekiranya Cikgu Daniel mampu melaksanakan aktiviti ini, pasti anak-anak muridnya akan gembira..kita pun boleh mencubanya apabila berada di sekolah nanti :)
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletemenarik.. sebab murid2 akan rasa dihargai oleh guru..murid akan memberi perhatian kpd p&p..
sila lawat blog kami dan jangan lupa tinggalkan komen..
syukran di atas komen dan lawatan anda..kami akan meyusul ke blog anda..nntikan :)
ReplyDeleteidea yg menarik:)
ReplyDeletethankyou so much....boleh bagi lebih banyak aktiviti yg simple dan menarik?
ReplyDelete