hmm

Saturday, 16 March 2013

aktiviti peneguhan dalam bilik darjah

kepada cikgu2 baru yg sering mengalami masalah dalam kelas,,pening kepala nk kawal murid2 y macam2 kerenah ni,,ha ni saya ad satu cara dan boleh cuba dalam kelas..berjaya atau tidak,itu perkara no 2,y penting usaha kita yang selalu nak kan y terbaik untuk murid2 kita..hee :)



Nama  aktiviti : salah siapa??

Aktiviti ini bertujuan untuk mengurangkan masalah disiplin dan salah tingkah laku pelajar didalam kelas. Murid-murid biasanya suka bersaing antara satu sama lain. Mereka juga mempunyai satu sikap yang dimana mereka akan mudah rasa bersalah terhadap kumpulan mereka jika melakukan kesalahan yang mengakibatkan kumpulan mereka  sekali. Contohnya, jika salah seorang dalam ahli kumpulan tersebut melakukan kesalahan,akibatnya semua ahli kumpulan akan menerima denda daripada cikgu.



Cara menjalankan aktiviti :

1) guru haruslah menetapkan peraturan bersama  melalui perbincangan dengan murid dan kemudian menerangkan kepada murid tentang rutin-rutin dan peraturan didalam kelas yang tidak boleh dilanggar oleh murid.

2) setelah murid bersetuju, guru akan menyatakan akibat daripada pelanggaran peraturan tersebut.

3)guru juga membahagikan setiap murid kepada beberapa kumpulan dan jika salah seorang ahli dalam kumpulan tersebut melanggar peraturan yang telah ditetapkan bersama itu tadi,maka semua ahli kumpulan akan menerima akibatnya.

4) oleh itu,setiap ahli kumpulan haruslah saling ingat mengingati antara mereka.

5) setiap kali ahli kumpulan melakukan kesalahan  atau melanggar peraturan di dalam kelas, guru akan mencatat nama pesalah dan kumpulannya sekali di papan hitam.

6) oleh itu,murid yang melanggar peraturan tadi akan rasa bersalah sekiranya kumpulan mereka terpaksa dihukum sekali dan dia juga akan takut jika dimarahi oleh ahli kumpulan yang lain.



7) hukuman ini boleh dipelbagaikan setiap kali guru tersebut masuk ke kelas.
 Contoh:keluar rehat lambat, mendapat tugasan tambahan, berdiri di belakang kelas, dan sebagainya.

Kesan positif daripada aktiviti ini ialah setiap murid akan cuba untuk mengelak dari melakukan kesalahan kerana mereka sedar bukan hanya mereka  seorang yang akan menerima kesan atas perbuatan mereka,bahkan ahli kumpulan yang tidak bersalah juga turut dikenakan hukuman.



Kesan negatif daripada aktiviti ini ialah murid-murid akan mula menanamkan dalam diri mereka tentang hukuman yang tidak adil itu boleh dilaksanakan berdasarkan pengalaman yang mereka alami.






Wednesday, 13 March 2013

PERATURAN BILIK DARJAH



Dalam hidup ini, segalanya mempunyai peraturan. Kalau kita nak makan pun ada adab-adab dan peraturan yang perlu kita ikut. Begitu juga dengan bilik darjah, peraturan yang dibina adalah untuk memastikan semua ahli kelas dan guru mampu melahirkan suasana bilik darjah yang kondusif dan tingkah laku yang positif mampu untuk dicapai.

Bilik darjah yang diuruskan dengan cekap akan menyediakan peluang maksimum untuk proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan setiap murid mestilah mengetahui tentangnya. Cara yang terbaik ilah, guru perlu menyediakan satu salinan peraturan bilik darjah untuk pembacaan setiap murid. Sekiranay mereka melanggar peraturan tersebut, guru dan boleh mengingatkan murid tentang peraturan tersebut dnegan menyuruh mereka merujuk kembali peraturan itu. Ketua darjah juga perlu betul-betul faham akan tugas dan tanggungjawabnya. 

Peraturan bilik darjah yang disediakan biarlah ringkas,, jelas dan mudah untuk diikuti. Lebih baik lagi jika peraturan tersebut dinyatakan dari aspek yang positif. Contoh peraturan yang dinyatakan dalam bentuk negatif ialah ' Jangan pikaj rumput'..peraturan tersebut perlu ditukarkan kepada bentuk yang positif  seperti ' Sila gunakan lorong di sebelah kiri'.

Contoh peraturan bilik darjah yang boleh digunakan adalah seperti berikut :
1. Sila masuk ke bilik darjah dengan segera apabila loceng berbunyi.
2. Sila ketuk pintu sebelum masuk.
3. Setiap murid hendaklah keluar dari bilik darjah apabila waktu senaman.
4. Murid-murid perlu beratur sebelum menuju ke kantin, dataran perhimpunan, makmal dan pusat sumber.
5. Sila habiskan makanan sebelum masuk ke kelas.
6. Murid yang bertugas perlu memastikan kipas dan lampu dipadam sebelum keluar ke bilik lain.
7. Sila duduk di tempat masing-masing semasa guru sedang mengajar.


                                             
                         Antara contoh lain peraturan di dalam bilik darjah


  • Perhatikan struktur ayat yang digunakan. Gunakan perkataan "sila" dan elakkan guna perkataan "jangan".
  • Pastikan guru dan murid sentiasa peka tentang peraturan ini.
  • Peraturan dicipta untuk kemaslahatan bersama bukan untuk menghukum semata-mata.
  • Jom amalkan :)

                                              

Wednesday, 6 March 2013

Aktiviti yang positif

Salam pembloggeran.....

teman nak kongsikan aktiviti yg bleh mengkome semue buat bile masuk ke kelas nanti.....
teman dapat idea ni bila nengok you tube....

teman name kan aktiviti ini dengan "Oh my telinga"

Aktiviti ini x perlukan apa2 bahan.......kalau nak gune bole gune kain hitam....masa yg diperuntukkan paling lama 5-10 minit..... boleh menggunakan huruf jawi alif ~ ya @ rumi "a,b,c ~ z

tujuan aktiviti ini ialah nak menguatkan kemahiran dalam mendengar dan merapatkan ukhuwah sesama mereka....ia juga dapat meningkatkan displin mereka

ini kerana, mereka perlu fokus @ senyap ketika kawan mereka menyebut sesuatu huruf...

Antara cara2 yg bleh kita lakukan untuk melaksanakan aktiviti ini

-Guru akan menyuruh murid2 nye berdiri dan membuat satu barisan yg panjang 
-Guru akan menyuruh murid2 menutup mata (menggunakan 2 belah tangan@ boleh gne kain) 
-guru akn mengigatkan pelajarnya untuk mengenal pasti suare rakan sebelah (rakan sebelah dalam barisan)
-guru akan memulakan dahulu huruf a @ alif dan akn diikuti oleh murid yang paling hampir di sebelah kanan dan akan diikuti sampai penghujungnya.


Syarat aktiviti ini :
> huruf yang sama tidak boleh disebut oleh 2 orang serentak
> apabila sesuatu huruf itu dibunyikan oleh 2 orang murid....permainan akan dimulakan pada huruf awalnya..
> sehinggalah murid2 dapat menuturkan huruf  tersebut hingga ke penghujungnya

CER TRY , CER TRY !!!!!

Tman bgi link skali kalo nak tengok mcm mne aktiviti ini dilaksanakan

 http://youtu.be/JS1J-2QYB-Q

idea by ~ IZAM DIN


Aktiviti Dalam Bilik Darjah


Aktiviti :

Contoh situasi :
"Ish ish,,apa nak jadi dengan kelas ni, keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk kelas 3 Mesra. Murid-murid, sila duduk ditempat masing-masing. Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran di dalam bilik darjah. Apabila selesai p&p,Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing.

Berdasarkan situasi di dalam kelas 3 Mesra, berkemungkinan besar murid-murid berkelakuan begitu kerana mereka ingin menarik perhatian Cikgu Daniel. Tetapi, tingkah laku yang ditunjukkan adalah sesuatu yang negatif. Oleh itu, Cikgu Daniel perlu memberi perhatian kepada tingkah laku yang positif. Antara aktivit yang boleh dilakukan ialah, seperti berikut :


Nama aktiviti : “Ku seru namamu”


Cara pelaksanaan :
  • Guru masuk ke kelas dengan membawa beberapa helai kertas kecil mengikut bilangan murid.
  • Guru mengarahkan murid berada di tempat masing-masing dalam keadaan diam dan bersedia untuk belajar ( antara sebab guru perlu memastikan murid dalam keadaan diam dan bersedia sebelum memulakan aktiviti adalah untuk memastikan arahan yang diberikan akan diterima dengan baik dan mengelakkan berlaku salah faham)
  • Guru mengagihkan kertas-kertas kecil itu kepada murid-murid dan menyuruh mereka menulis nama panggilan yang disukai mereka.
  •   Guru menjelaskan bahawa guru akan memanggil nama panggilan tersebut semasa di dalam mahupun di luar kelas.


Kelebihan :
  • Murid sangat suka jika guru memanggil nama gelaran mereka kerana mereka akan   berasa dihargai.
  • Menaikkan semangat untuk belajar kerana guru sentiasa dapat memberi perhatian   kepada mereka.
  •  Merapatkan hubungan di antara guru dan murid.
  •  Meningkatkan kualiti keguruan.

        contoh :- 




  • Ini adalah contoh nama samaran anak-anak murid, tiada kaitan dengan sesiapa. Jika di sekolah nanti, pasti kita akan jumpa lebih banyak nama yang menarik :)
  • Bakal-bakal guru sekalian, pastikan anda sentiasa ingat nama anak-anak murid anda nanti ye :)
  •  Jom cuba:)   








Tuesday, 5 March 2013


Ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah:

Seorang guru perlu memiliki ciri-ciri efektif ini kerana mereka perlu berhadapan dengan para pelajar dan masyarakat. Oleh kerana itu, guru-guru perlu pendidikan tinggi dan latihan khas sebelum ditempatkan di sekolah.

Guru yang efektif ialah guru yang dapat :
  
  • Bentuk satu suasana yang membolehkan murid2 berasa semangat untuk belajar dan berusaha melakukan yang terbaik melalui beberapa rangsangan yang positif dalam bilik darjah.
  • Guna masa p&p dengan efisien
Ciri-ciri ini dapat dilihat dari tiga aspek, iaitu :      

  1.  Kualiti peribadi
  2.  Kompetensi pengajaran dan pembelajaran
  3.  Penghayatan dan amalan nilai

a)Kualiti peribadi :

-      Bersemangat dan proaktif :
Mampu memotivasikan muridnya kerana keinginan beliau untuk mengajar dapat dirasai oleh murid-murid.

-      Sensitif dan peka terhadap keperluan murid :
Seorang guru perlu tahu dan peka mengenai perbezaan cara belajar murid-muridnya. Dia akan mengubahsuai cara pengajaran dan mengambil kira perbezaan yang wujud. Ini akan mewujudkan peluang pembelajaran kepada semua murid.

-      Peramah, mesra dan berusaha mengenali muridnya :
Sebagai contoh, apabila guru memanggil murid dengan namanya, murid akan berasa dirinya penting dan dikenali guru. Situasi ini secara tidak langsung akan dapat menjalinkan hubungan yang baik antara guru dan murid.

Banyak lagi ciri-ciri guru yang efektif ni, seperti kasih sayang, hormat-menghormati dan sifat kemanusiaan yang tinggi. Ciri-ciri ini penting kerana kelak kita akan berdepan dengan makhluk bernyawa yang memiliki hati dan perasaan.




b)Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran :
*
-      Merangkumi pengetahuan dan kemahiran guru dalam mendidik murid-muridnya. Jenis pengetahuan termasuklah pengetahuan am, ikhtisas, pengetahuan mengenai kurikulum, pedagogi, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Guru juga perlu sentiasa mempelajari perkara baharu agar pengajarannya kekal relevan. Kemahiran menerangkan subjek yang diajar dapat membantu guru sampaikan isi dengan jelas.





c)Penghayatan dan amalan nilai :

-      Profesion keguruan tertakluk kepada Kod Etika Keguruan. Kod ini menyatakan nilai dan tingkah laku yang perlu dipatuhi oleh guru-guru.


PRINSIP KOD ETIKA KEGURUAN :

                     i.      Tanggungjawab kepada murid
                    ii.    Tanggungjawab terhadap ibu bapa
                   iii.  Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara
                  iv.   Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan

-      Seorang guru juga perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutama dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Tambahan pula, kelak kita akan berdepan dengan kanak-kanak generasi G (gajet) yang sangat maju dalam teknologi. Serba serbi mengenai teknologi mereka tahu (kadang-kadang kalah orang dewasa. J

*sekian sahaja utk kali ini, nanti kita sambung lagi dengan tajuk-tajuk yang lebih menarik..NANTIKAN!! J

Monday, 4 March 2013


KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH:

Sebelum kita keluar ke sekolah untuk mengajar murid-murid, jom kita bekalkan diri dengan ilmu tentang pengurusan bilik darjah. Perkara pertama yang perlu difahamkan adalah berkenaan dengan konsepnya.

Menurut Richards (1990), beliau mentafsirkan pengurusan bilik darjah ini sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pegajaran dapat disampaikan dengan baik.

Menurut Alberto dan Troutman (1986), pengurusan bilik darjah ialah kemahiran guru uruskan masa, ruang, sumber pengajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pengajaran.

Sebenarnya, pengurusan bilik darjah ini perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas lagi daripada kawalan bilik darjah dan peraturan sahaja. Hal ini kerana ianya turut merangkumi perkara yang perlu dilakukan oleh guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah dan membentuk persekitaran yang produktif.

Matlamat pengurusan bilik darjah :

ü Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai

ü Membentuk suasana pembelajaran yang positif

ü Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum

ü Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-guru dan murid-murid

ü Meningkatkan penglibatan murid dalam aktivit p&p

ü Pengurusan rutin yang berkesan

ü Murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri


p/s : guru yang cemerlang mesti dapat mengawal bilik darjah dengan baik dan teratur :)




Sunday, 3 March 2013

salam perbloggeran

Assalamualaikum........bak kata penulis falsafah "Anda tidak boleh mencipta pengalaman tetapi anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus~ sahabat2 sekalian ini merupakan pengalaman pertama saya terlibat dalam bloggers ini....jadi diharapkan segala perkongisan yang kami kongsikan akan mendatangkan manfaat kepada semua orang dan dapat membentuk peribadi2 murabbi yang unggul.....salam perbloggeran ;0