kepada cikgu2 baru yg sering mengalami masalah dalam kelas,,pening kepala nk kawal murid2 y macam2 kerenah ni,,ha ni saya ad satu cara dan boleh cuba dalam kelas..berjaya atau tidak,itu perkara no 2,y penting usaha kita yang selalu nak kan y terbaik untuk murid2 kita..hee :)
Nama aktiviti : salah
siapa??
Aktiviti ini bertujuan untuk mengurangkan masalah disiplin
dan salah tingkah laku pelajar didalam kelas. Murid-murid biasanya suka
bersaing antara satu sama lain. Mereka juga mempunyai satu sikap yang dimana
mereka akan mudah rasa bersalah terhadap kumpulan mereka jika melakukan
kesalahan yang mengakibatkan kumpulan mereka
sekali. Contohnya, jika salah seorang dalam ahli kumpulan tersebut
melakukan kesalahan,akibatnya semua ahli kumpulan akan menerima denda daripada
cikgu.
Cara menjalankan aktiviti :
1) guru haruslah menetapkan peraturan bersama melalui
perbincangan dengan murid dan kemudian menerangkan kepada murid tentang
rutin-rutin dan peraturan didalam kelas yang tidak boleh dilanggar oleh murid.
2) setelah murid bersetuju, guru akan menyatakan akibat
daripada pelanggaran peraturan tersebut.
3)guru juga membahagikan setiap murid kepada beberapa
kumpulan dan jika salah seorang ahli dalam kumpulan tersebut melanggar
peraturan yang telah ditetapkan bersama itu tadi,maka semua ahli kumpulan akan
menerima akibatnya.
4) oleh itu,setiap ahli kumpulan haruslah saling ingat
mengingati antara mereka.
5) setiap kali ahli kumpulan melakukan kesalahan atau melanggar peraturan di dalam kelas, guru
akan mencatat nama pesalah dan kumpulannya sekali di papan hitam.
6) oleh itu,murid yang melanggar peraturan tadi akan rasa
bersalah sekiranya kumpulan mereka terpaksa dihukum sekali dan dia juga akan
takut jika dimarahi oleh ahli kumpulan yang lain.
7) hukuman ini boleh dipelbagaikan setiap kali guru tersebut
masuk ke kelas.
Contoh:keluar rehat
lambat, mendapat tugasan tambahan, berdiri di belakang kelas, dan sebagainya.
Kesan positif daripada aktiviti ini ialah setiap murid akan
cuba untuk mengelak dari melakukan kesalahan kerana mereka sedar bukan hanya
mereka seorang yang akan menerima kesan atas perbuatan
mereka,bahkan ahli kumpulan yang tidak bersalah juga turut dikenakan hukuman.
Kesan negatif daripada aktiviti ini ialah murid-murid akan
mula menanamkan dalam diri mereka tentang hukuman yang tidak adil itu boleh
dilaksanakan berdasarkan pengalaman yang mereka alami.