hmm

Monday 4 March 2013


KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH:

Sebelum kita keluar ke sekolah untuk mengajar murid-murid, jom kita bekalkan diri dengan ilmu tentang pengurusan bilik darjah. Perkara pertama yang perlu difahamkan adalah berkenaan dengan konsepnya.

Menurut Richards (1990), beliau mentafsirkan pengurusan bilik darjah ini sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pegajaran dapat disampaikan dengan baik.

Menurut Alberto dan Troutman (1986), pengurusan bilik darjah ialah kemahiran guru uruskan masa, ruang, sumber pengajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pengajaran.

Sebenarnya, pengurusan bilik darjah ini perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas lagi daripada kawalan bilik darjah dan peraturan sahaja. Hal ini kerana ianya turut merangkumi perkara yang perlu dilakukan oleh guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah dan membentuk persekitaran yang produktif.

Matlamat pengurusan bilik darjah :

ü Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai

ü Membentuk suasana pembelajaran yang positif

ü Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum

ü Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-guru dan murid-murid

ü Meningkatkan penglibatan murid dalam aktivit p&p

ü Pengurusan rutin yang berkesan

ü Murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri


p/s : guru yang cemerlang mesti dapat mengawal bilik darjah dengan baik dan teratur :)




No comments:

Post a Comment