hmm

Monday 25 February 2013

KAMI BAKAL GURU :)

Alhamdulillah,,di antara beribu insan yang memohon untuk menjadi guru, kami di antara yang terpilih. Mula menjejakkan kaki di IPG Kampus Pendidikan Islam pada 28 Jun 2010.(dah msuk degree semester tiga dah sekarang,,alhamdulillah). Diamanahkan untuk mengikuti kursus Pendidikan Islam di IPG ini, keluar nanti insyaAllah bakal ustaz dan ustazah. Walaupun tanggungjawab dirasakan sangat berat, namun Allah tahu yang terbaik. Ikhlaskan niat, menuntut ilmu kerana Allah, mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat. Setiap guru pastinya menginginkan anak-anak muridnya cemerlang dari segi sahsiah dan akademik, begitu juga kami. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari. Moga Allah permudahkan :) 
KAMI BANGGA MENJADI GURU :)

No comments:

Post a Comment